Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H - 2010



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraakatuh..

Hari ni masih lagi 1 Muharam 1432H,,masih sempat dan belum terlewat untuk sy mengucapkan salam maal Hijrah terutama sekali buat follower dan pengunjung blog ini,serta tidak lupa muslimin dan muslimat seluruhnya.Ikutkan perancangan asal saya, 1 muharam tarikh untuk saya membuat pelancaran blog muhaajir secara rasmi,memandangkan sy masih bercuti di kampung dan ada urusan yang perlu dilaksanakan,,walau pun agak sedikit kecewa,namun terima seadanya kerana kita merancang Tuhan yang menentukan..

Setiap kali tahun baru,bermacam2 azam,harapan  dan  impian dalam senarai,paling tidak pun save kat minda pun jadi lah kan...kadang2 senarai yg tahun lepas pun tidak tercapai atau terlaksana,,,masuk tahun baru ada senarai baru lagi..tapi tak mengapa lah,,,ada keinginan tu pun sudah cukup positif..berjaya atau tidak terletak pada usaha,dorongan,ancaman,faktor persekitaran dan macam-macam lagi lah,paling penting kita merancang Allah menentukan segalanya..

Buat pembaca semua,salam maal hijrah dari saya,semoga azam dan impian ukhrawi dan duniawi  anda  dan termasuk saya sekali akan tercapai.Hijrah jiwa atau hijrah fizikal,semuanya memerlukan perjuangan  dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya ! pengorbanan harta,jiwa dan raga! mampu kah kita?...tepuk dada tanya hati masing2 he he....

No comments:

Post a Comment