Monday, November 29, 2010

~CARI~ TETAP DIHATI




Entry ini dibuat sebagai menyahut cabaran peraduan blogger cari.walau pun suka2  tapi cukup bermakna bagi saya kerana  ini adalah 1st peryertaan saya dalam contest selama bergelar blogger.dan juga dedikasi buat saya kerana melalui forum cari sy telah berjaya menjadi blogger hasil dari perkongsian ilmu dan maklumat warga cari.


Saya bersama dengan forum cari sejak 2005.Sudah menjangkau 5 tahun.Orang yang memperkenalkan saya dengan forum cari ialah suami saya sendiri.Rupanya sejak alam remaja lagi beliau sudah bergiat aktif dengan forum cari.tidak hairan lah kenapa forum cari begitu popular kini.Dalam rancanggan MHI hari tu Abby fana menyebut 3 forum yg menjadi tumpuan salah satu darinya ialah forum cari.kerana kepopularan forum cari mungkin tak mustahil yg berborak2 dengan kita dalam forum tu adalah jiran sebelah rumah kita..mana tau kan..


Apa kelebihan cari pada saya?,yang ketaranya ialah dari tak tau apa2 tentang ICT ni sy berjaya menjadi blogger,walau pun biasa pada org lain tapi luar biasa bagi saya.Malah saya juga berjaya menjadi cheff yang hebat untuk suami saya..he he. Walau pun tak de sijil,cukup lah badannya yg semakin gempal tu membuktikan sy cheff yg hebat..he he..banyak lagi sebenarnya.. itu lah kehebatan forum cari. anda boleh jadi apa yg ada mahukan..dgn klik saja macam-macam maklumat keluar!




Walau pun pernah menyertai berbagai-bagai forum lain,namun mesra pengguna tetap pada CARI.Tidak sesekali rasa bosan dan jemu.Jika anda terlihat dimana-mana logo  di atas,  jangan ragu2 untuk Reg,jadilah sebahagian dari kami pasti tak mengecewakan..Percayalaah!

No comments:

Post a Comment